Perhatian!! blog 4everkawan.blogspot.com masih lagi dalam pegubahsuaian oleh Kery. Oleh kerana itu, Kery berhajat korang Follow blog Kery ini dulu dan feedberner di tepi sidebar laman blog ini | 注意!博客在 pegubahsuaian 4everkawan.blogspot.com仍然Kery。因此,需要korang Kery Kery按照此博客第一feedberner在此博客侧边栏的海岸.

SAL KITA??

0

**Bismillahirahmanirahim**


Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana meluangkan masa anda melawat blog ini dan berminat untuk mengetahui siapa pemilik blog yang naif ini. Apa yang boleh Kery katakan, Kery memang gemar bercerita dan berinteraksi secara senyap. Kery memulakan bidang karier blog ini pada bulan 12/2009. Kery tidak suka berkata-kata membuang air liur kerana Kery lebih suka diam kerana diam itu banyak kebaikannya. Kerana itulah, wujudnya blog ini. Kery gemar bercerita dan berkongsi pengalaman hidup Kery dan Kery gemar orang tahu apa yang Kery tahu. Kery gemar berkongsi sesuatu yang baik dan mendatangkan faedah mungkin. Terima kasih kerana mengambil sedikit masa membaca blog ini dan Kery harap korang dapat baca kesemua entri yang ada kerana Kery jamin, pasti ada sesuatu yang akan korang dapat. Jangan lupa tinggalkan komen untuk entri yang korang baca eh? Hehehe.


Siapa Syukeri?

 

Halfname: Syukeri
Nickname : keri | kerat |
Age : 17 years old (2009)
Birth : March 27 ‘92 | 23 Ramadhan | Friday | 4:30 a.m | Terengganu
Sex : Male (ketulenan ku di sahkan Sirim)
Body Type : Tall and Stolid
Height : 185 Cm (Not so sure la)
Weight : 60 Kg
Orientation : Straight [xde condong]
Hobby : like soccer and futsal
Ambitions : Blogger, Playing soccer international
Sibling : “keri” from 7 siblings. anak ke 3..hehe
Education :    "former" SMK kompleks Mengabang Telipot..(tgh tggu SPM)
Hometown : Negeri Terengganu
Location : Batu Rakit
Sleep per day : 5 – 6 Hours enough for me. InsyaAllah.
bitter experience : Biarlah Rahsia....tapi mmg pahit sungguh...skar nk dilupakan...
Sweet experience: Saat Kery berkelah bersama dengan keluarga Kery...hik3
 Status : Single already!!

Kegemaran Syukeri

 

Fav Food : Mee Goreng Basah + Kerepok Goreng...fuhhh mmg sdap arr..
Fav Drink : Milo pin (ais) + serbuk milo + aiskrim coklat :P
Fav Brands : HP, Sony, Nokia, Nike, Adidas & Body Glove
Gadgets: nokia 9500, kamera digital vivitar, akan datang nset terbaru Sony Erisson yg pakai slash..huhu

Animals : Cat, Fish & Hamster.. sume binatang sayang la.. Sipot pon! Babi je dok!
Music Genres : Slow dan menenangkan jiwa.. terutama Nasyid..
 Sports: soccer, pingpong, bola tampar, takraw, pengusti...
Books : Majalah PC, Gempak, & more… Novel lagi la x leh blaa..
Movies :  Avatar( filem hebat 2010), sempit ( kelakar n serius..huhu), Titanic(filem meyentuh ****)
Tv Series : Jozan, Lalitaplom, >>apa-apa yang kelakar arr
Anime : Peminat Setia Dragon Ball and Naruto [yang nie penengok je..hehe]
Fav Artist : Jizan and Johan, screw bujang SEPAH..
Fav Actor :tan Sri P.Ramlee..
Fav Song : ALL Wali Band..yes gurl...
Fav Websites: gempak.org | www.facebook.com
Idol : Presiden Iran^;^ Ahmadinejad and of coz lah, my daddy!


Keluarga Terchenta

 

Sebuah keluarga bahagia terdiri daripada seorang bapa, seorang ibu, 4 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan & cucu?? coming up.hehe.





Jom kenali Lebih dekat dengan facebook...











SyukeriRonaldo SuperSyuu




Apa Kery tidak syuke??



1. kedekut ilmu...

-Kery memang tidak suka kalau orang ada perangai macam ini. Pasal apa?? sebabnya kalau ada orang yang susah yang ingin meminta panduan/tunjuk ajar oleh kita selepas itu kita bagilah sikit, apa akan jadi kalau kita susah pulak. Mungkin kita pasti sama macam orang susah tadi. Kery rasalah ilmu ini sepatutnya sharelah kat semua orang jika ada yang ingin meminta tutorial. Kita bagilah, lagipun ilmu yang kita bagi itu dapat juga pahalanya. Malah dalam hadis ada menyebutkan 3 pahala yang tidak akan putus selepas orang meninggal dunia ialah semasa hidupnya dia memberi ilmu bermanfaat, doa anak terhadap ibu bapa mereka jika sudah Dead , dan sedekah jariahnya. Ini bagi orang kedekut ilmulah, Kery tak rasa kalau orang tersebut sudah mula sedar and jauh lagilah bertaubat dari fikiran Kery. Kery rasa mungkin dalam hati mereka ada perasaan yang ingin syok keseorangan, tak nak share ke orang lain dan pemikiran yang cetek. Kalau korang mempunyai sifat macam itu, korang sudah silap langkah. lebih baik korang buka langkah kiri dulu baru kanan..hehe. Kenapa sebab silap langkah?? ini pandangan dari Kery laa, setiap 1 ilmu kita bagi akan dibalas 10 ilmu pulak. hohoho..banyak tu kalau dikira ikut rezeki boleh bertahan sampai akhir hayat kita kot jika ilmu kita bagi bermanfaat. Ini buat pengajaran sape-sape yang rase kedekut ilmunya, banyak orang ilmu mereka banyak tetapi berjayakah mereka?? Kery nak tanya koranglah, adakah mereka berjaya?? tidak sesekali!!. Kery hendak bawakan pergi ke tahap satu lagi, banyak orang ilmu mereka sedang-sedang je tetapi mereka mengajar kita sampai dia sendiri mudah cepat faham akan dia belajar. termasuklah Kery..huhu. sebagai contohlah, banyak rakan-rakan blog saya iaitu justkhai.com , sembangkomputer.com , amanz.my , killvearn.com dan banyak lagi.[ pembetulan: mereka semuanya Kery anggap macam  Role Model bagi Kery].

2. Poyo 

- yang nie lagi satu,poyo. korang mesti tak fahamkan akan makna POYO kan?? dulu ada arr Kery time berkawan dengan gadis Facebook ade die cakap yang die kate Kery macam dibawah. 
     awak ney nampak poyo laa
alamak!! Kery sangka benda comel laa pada awalnya. selepas itu, Kery tanyalah gadis tersebut. lebih kurang macam ni laa kat ruangan chat facebook..
Syukerironaldo supersyuu: Awak!! ape mksd poyo??
  Az**n:  sy kte awk jgn mrah ea?
Syukerironaldo supersyuu: ckp jela. xde nk mrah erhh..
  Az**n: poyo nie macam perkara bodoh

adesss...dalam hati rasa nak bagi je kat die. Nak bagi pe?? rasa hendak bagi je karate kat die..haha. kalau Az**n terbaca sal ney, Kery nak solo dululah..nak pergi london, nak ikut penulis blog Raja Petra. Nanti bolehlah main sembunyi sama-sama. ye..ye Raja Petra ye. Takyah laa Az**n nak cari lagi sebab Kery duk sana dah..haha. Dalam erti sebenar, poyo nie...Kery pun tidak tahu akan maknanya. Sape arr yang pandai reka-reka perkataan poyo. aaaiii, mesti pengasanya haji Poyo kot??..huhu. Mujur gak ada kenalan Kery memberi makna lebih mendalam tentang poyo ney. dibawah inilah geng Kery bagi maksudnya..

  1. - gedik/poser je/ngade/shiesh/hampeh
  2. - macam bagus kot.. „terlebih semangat“!
  3. - tak dpt nk digmbrkan dgn kate2 aa
  4. - tatau tapi boleh describe annoying kut
  5. - macam bagus
  6. - perasan bagus
  7. - unbounded amount of talking of superior-nothingness
  8. - poyo is a place in spain (seriously I have to go there and take a picture)
  9. - takde mana, perkataan buat sendiri
  10. - macam bagus sangat
  11. - kelakuan yg tidak normal yg bleh membuat orang rasa tak sedap hati..
  12. - perbuatan dan percakapan orang yang mengada ada
  13. - org tu suka buat lawak yg blur nak mati + membangga diri sendiri tanpa niat. kalau dengan niat, itu     adalah berlagak
  14. - berlagak power
  15. - suka buat lawak bodoh
  16. - poyo = sardin
  17. - cakap lebey drpd aper yg die boley buat
  18. - gila gila
  19. - ntah apa apa
  20. - berlagak
  21. - perasan bagus, cakap terlalu dramatic, exagerate
  22. - cool yang tak jadi
  23. - terer tapi buat tak terer (nih ayat makan dalam nih)
  24. - aku rasa macam selamba bodoh je dalam membuat sesuatu benda. pada pelaku poyo itu maybe        dia  rasa biase je apa yang dia buat, tapi pada pandangan mata org lain benda yang pelaku poyo tu buat mungkin over acting kot...
  25. - a show off
  26. - poyo tu bila seseoran cuba melakukan sesuatu perkara denan niat menonjolkn dirinya dengan cara cuba menarik perhatian orang lain di masa dan tempat yg tak kena
  27. - cam berlagak bagus
  28. - cam over...tp laen sket aa..over tu lebih kpd negativ sket poyo tuh kadang bleh jd positif..hahha..taktau aaa
  29. - in mmu they use it to describe a lame remark
  30. - poyo tu bermaksud macam bagusla...
  31. - entahlah. aku rasa poyo just means enthusiastic tapi mempunyai negative connotation sebab orang melayu tak suka over-enthusiasm because diorang saja dengki?
  32. - Ada jugak orang rajin nak tulis panjang-panjang:
  33. Secara amnya, “poyo” membawa maksud orang tuh tengah blur, buat-buat blur, atapun di pandang blur. Perkataan ini boleh digunakan sebagai kata sifat yang menggambarkan keadaan seseorang itu, ataupun kata sindiran yang boleh menjatuh kan air muka atau maruah seseorang. Pendek kata, “poyo” ni satu perkataan yang sungguh unik yang telah meresap kedalam bahasa kita.
  34. Secara zahirnya pula, “poyo” ni pada pendapat aku memang sesuai digunakan apabila baru bangun tido, apabila kita hendak sedar dari alam mimpi. Boleh dikatakan keadaan masa tuh 50-50. Separuh kat alam realiti, separuh lagi masih berada dalam alam mimpi. Ia merupakan kata ganti sepenuh bagi perkataan mamai, dalam konteks ini.
  35. - poyo adalah kau...(haha terkene korang.)                                                                                          
 So, korang agak-agaklah sendiri adakah korang seorang poyo ataupun pocong. Bagi kery cukuplah satu kali terkene, jangan sampai 2 kali sudah..haha. Yang sudah terjadi lepaskanlah, Kery nak ganti buku baru pulak, tak nak dah jadi seorang yang poyo macam itu. Kalau boleh nak ikut akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang ditinggalkan kepada generasi akhir zaman iaitu kita sekarang. Hendak jadi perfect mestilah susah, tapi sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kita perlu arr ambil perkara sunnah Nabi yang senang dulu macam baca Bismillah setiap kali kita melakukan perkerjaan ker tolong emak and ayah ker dan cara beliau berjalan. Senangkan tu, tak payah kita ambil yang susah-susah. Terpulang pada koranglah, Hati and Iman masing-masing, yang baik atau jahat korang sudah tahu kan??

3.  Nyamuk

Nyamuk sememangnya sudah ada di alam dunia sejak azali lagi. Tak kira waktu, Nyamuk nie pakat redah je nak jalankan pukul berapa projek mereka. Ia tak kira mangsanya sedang tidur ker tengah berjoging ker tengah gosok gigi ker atau pelbagai situasi lagi. Tapi, kebanyakan projek mereka akan dijalankan dekat-dekat nak masuk waktu Mahgrib. Pastu sebelah subuh pulak, Nyamuk akan mencari mangsa secara berkumpulan pulak. Kery tak beberapa nak fahamlah, adakah nyamuk ni ada jadual juga ker?? kalau ada macamana jadual mereka erhh?? setahu  Kery, masyarakat Nyamuk ni tak ade ketua pun. Macamana Nyamuk boleh buat biar tak ade ketua pun. hmm, mungkin Allah Maha Mengetahui, tak tercapai akal fikiran kita. Cuma kita boleh mencapai pun dari buah fikiran hasil dari pemerasan otak kita sendiri.
     Dalam banyak-banyak Nyamuk tak syuke, satu je Kery paling-paling tak syuke iaitu nyamuk Aedes. korang sudah tahu apa akibatnya jika dia suntik jarumnya kedalam badan kitakan?? maka akan terjadi penyakit AIDS. Tapi yang tadi kesannya jangka masa panjang. Dan jangka masa pendek pulak yang membuatkan Kery mengadakan kempen Tak Nak Nyamuk ialah tusukan jarum mereka yang membuatkan Kery gatal dan sakit berpanjangan beberapa minit. Tak macam Nyamuk yang lain, Nyamuk ni rasa gatalnya tak terhingga dan berpanjangan. Kalau kery arr kene 100 gigitan nyamuk boleh koma 40 hari 40 malam tak bangun-bangun..hehe. Kalau bangun pulak, Kery nak suruh doktor beri koma setahun lagi. Susah-susah sangat tak bangun terus..hehe. Kery rasa lebih sedap koma dari tidak koma. sebab pa?? sebabnya kery tidak perlu buat apa-apa.cuma tidur je.kan senang, tak payah nak menyusahkan orang lain yg ingin memcari rezeki untuk kita.
    tetapi Kery ada sikit punya kagum pada Nyamuk, Kalau dia nak suntik kita dulu, dia minta izin dulu kat kita. Kalau Nyamuk mari dekat kita dia tidak bagi salam tapi dia bagi satu bunyi Nyamuk pada telinga kita. Nyamuk tadi akan berpusing-pusing di telinga kita yang menandakan dia nak gigit kita. Jika korang buat-buat tak endah je maka korang kene gigit oleh sang Nyamuk tersebut. kalau korang lari dari tempat itu atau guna ridsect maka tak ada dah laa Nyamuk. Kery dapat ilmu Nyamuk ini hasil penyelidikan kery semasa tidur..hehe. hasil kajian dan pemerhatiaan ujikaji terhadap Nyamuk itulah dapat mengerti akan perlakuan Nyamuk.

4. Berlagak

Ini lagi satu hal. Benci gile dekat insan yang belagak pandai. ada satu arr member sekolah. Kery nak cite sikit sal die, Kepintaran die mengalahkan pelajar lain. Dalam satu masa itu ketika dalam kelas, die dapat jawab soalan cikgu dengan baik. Tidak dapat dinafikan lagi kepintarannya. Tetapi sifat berlagak dalam hati die itu yang Kery benci and Dengki sangat kat die tu. Berlagak dapat jawab soalan cikgu beri. Bukan susahpun soalan cikgu beri. Kadang-kadang itu, die ada juga buat-buat pandai mengajar orang lain dalam kelas. Kery dah agak dah mesti nak menunjuk punya. selang beberapa minit, memang tepat jangkaan Kery, setelah die dapat menyelesaikan soalan, die heboh kat dalam kelas Kery. Last-last, semasa keputusan pepriksaaan die juga dapat kedudukan dalam kelas ke 20 ke atas. Pengajarannya, kita tidak perlu arr nak berlagak sangat nak tunjuk sape terer. akhir sekali, korang tengok budak itu tadi belajar setakat manapun, kalau die nak meneunjuk tak kemana ilmunya. Sayang sekali, budak cerdik tapi pemikiran kolot dan kecil.

5. Orang Perampas

Perampas??..kalau perampas awek | Kery tidak kisah mana, yang kisahnya perampas hak kery sebagai peminat fanatik. Korang sudah tahu yang Kery syuke-syuke sangat nak bermain bola sepak. Sampai terfikir nak jadi permain bola sepak..huhu. Kadang-kadang orang tak faham perasaan Kery,  kawan anggap Kery main suka-suka je. Nak kata hebat main bola tak adalah sehebat C.ronaldo atau messi. tapi kalau digabungkan Kery sehebat macam itu..hehe.
Adalah masa Kery duk asrama, tiap-tiap petang Kery main sokmo futsal. kadangkala dapat juga jadi hatrik main futsal..hehe. Ada satu hari itu, Warden asrama kery, Die ambil bola futsal bagi Kery and the geng jangan main bola. Arghh, geram betulah..Mujur cikgu saya, Kalau warden tu sebaya dengan Kery sudah hilang kepala die kene tetak. Korang ingat Kery tak ada budak gengster ker. ooiiiiittt.. kat sekolah Kery ketua Budak kepala belah. Kalau budak nak jupe Kery, suruh die cium kaki dulu, pastu baru boleh bercakap dengan kery.

pstt: Kery bukan Gengster. cuma budak baik je. ayat tadi nak suruh korang suspens sikit..haha. 

so, apa yang terjadi selepas warden saya ambil bola tersebut?? Kery terus pusing badan, Then, sepak angin sekali pastu naik bilik pastu duk dalam bilik sorang-sorang..urmm. kalau ada kawan baru kery maki hamun kat belakang warden. Korang bayang Kery macam dalam cite Drama. macam itu arr keadaan Kery..hik3. Tapi!! ada tetapi jugak..selepas solat isyak, Kery and the geng pergi bersalaman dengan warden itu balik..mujur dosa tak berlarutan.hehe.

6. Lelaki Lembut

Yang ney tak boleh tahan sangat ney. Kalau Ba**k tu mari kat Kery rasa nak cabut lari je.Yelah, kalau nak bagi ceramah kat Ba**k tu Nanti dengan Kery join sama-sama. Gile arr Ba**k sekarang. Kalau kite lihat kat Kota Lumpur tu..fuhhh penuh warga Ba**k kat sekitar jalan. Mujur Kery duk kat N. Terengganu Darul Iman. Rakyat terengganu memang sohor dengan tahap keimanannya sampai taruh situ letak Darul Iman kat depan Perkataan Terengganu. hidup orang ganu!!..hehe. Saya tak katalah Ba**k sentiasa tidak baik. Tapi diorang tu buatkan Kery macam geli and loya tekak je. Rasa geram, marah, and takut ada jugak kat golongan macam ni. Kery tak nafikan kawan kat asrama ada seorang. Budak cerdik, petah bercakap, pandai bergaul dengan cikgu, suka tolong kawannya termasuklah Kery. Ada Suatu ketika tu, Kery pergi lawatan ke langkawi
bersama budak asrama kery. Kat sana, dielah yang menolong Kery bayar sedikit sebanyak makan minum Kery. [Kawan..Kery ingat jasa ko..nanti hari Kery tiba akan balas balik budi baik ko]. Akan tetapi kawan Kery tu seorang bersifat keperempuanan lebih sikit. Mula-mula berkawan dengan dia bimbanglah jugak.Kut-kutlah die nak buat pape kat Kery. Apabila berkawan lama tak ada pape yang perlu dibimbangkan. Kery terima die sebagai kawan seadanya. Kalau korang nak tahu budak nie tahap kecerdikannya mengalahkan form 5 satu sekolah..urmm. B. inggeris dapat 96 markah ketika f5. kadang-kadang dapat top ten dalam group f5.fuhh..inilah kawan yang patut kita ambil. Bukan senang nak cari kawan macam ni. Lagi senang nak cari kawan yang tak ada masa depan. Ya Allah, kenapa Engkau tak beri saja kat Kery otak genius Macam ni..Kenapa??. biarlah, mungkin ada hikmah sebaliknya yang Kery tahu dan Tidak tahu. hanya Allah Maha Mengetahui. pokoknya, lelaki lembut memang saya tak suka dan benci dari kecil lagi. Memang saya dididik dari kecil lagi tentang lelaki lembut nie.
    
7. Hisap Rokok

Yang bab-bab hisap rokok nie Kery tak benci mana sangat sebab sudah biasa dah hidup dalam kalangan orang hisap rokok. Korang jangan anggap keri  hisap rokok. Kery ditakdirkan hidup berkawan orang hisap rokok dan ayah kery hisap rokok. tapi sekarang sudah nak berhenti dah Hisap rokok kerana sebab tertentu. Pasti ada dikalangan korang pernah hisap rokokkan?? Jangan risau sebab Kery tidak mencerca orang menghisap rokok. Kalau Kery cerca pun ibarat Kery meludah air liur ke langit terkena batang hidung Kery sendiri. Kalau Kery cercapun ayah Kery terkena sekali. tapi cuma nak bagi peringatan arr kat sape-sape belum jadi kaki rokok nie, korang belum hisap rokok jangan cuba arr sebab ramai geng Kery nak berhenti tak jadi nak berhenti sebab tak tahan menanggung  ke'kacip'kan  dalam hati die. Orang ini ibarat macam menagih Dadah Bagi Kery..huhu. Dalam hidup Kery cuma hisap 5 batang je rokok daun tak silap Kery arr. Semuanya atas dasar tak tahu lagi dan mempunyai perasaan ingin tahu dalam diri Kery. So, Kery nak menperingati diri Kery sendiri dan korang semua semuanya, rokok adalah HARAM kat Pahang n Kelantan. Rokok yang Makruh je kat malaysia kecuali pahang n kelantan.

psstt: Kalau Kery nak cite banyak lagi Kery benda tak suka. Tetapi disebabkan Masa suntuk dan kerja saya banyak lagi perlu diselesaikan jadi Kery berhenti kat sinilah. tengok arr kalau ade masa Kery akan tokok tambah lagi ape-ape yang perlu. Kat bawah ini Kery senaraikan ape lagi Syukeri tidak syuke:

8. menipu dan tertipu
9. Putus Hubungan
dan
10. tertinggal Solat


Apa Ada Dengan Syukeri..

Pendiam
Kery memang dari dlu








Ceritera Budak bernama Syukeri

Kery nak cerita masa umur Kery 5-12 tapi tak ingat dah apa kenangan memori dalam kepala otak Kery. Memandangkan memori silam kery sweet kenangannya, Kery akan Cerita serba sedikit Yang Kery ingat dalam kepala otak kery. Kalau korang tidak faham minta maaf banyak-banyak sebab ruang Memori dalam komputer Kery tidak di Disk Defragmenter lagi..hehe. Apa-apapun, Korang baca arr dulu kenangan Kery ini.

     Semasa umur Kery 4 tahun, kery dimasukkan kedalam Sekolah tadika. Nak citenya kery seronoknya dapat masuk tadika kerana Dapat berkenalan kawan-kawan yang belum tahu sape dirinya sebenarnya. Kalau masa remaja, kita berkawan kene ingat sokmo mungkin ada niat tak baikkan??. semasa budak kecil diorang tidak mengerti lagi apa itu kehidupan. pada masa itu kery tak tahu juga apa itu kehidupan. Dalam fikiran Kery pada masa itu cuma nak seronok je. Kery tidak kisah kalau kery bermain batu, berkejar-kejar, lompat atas meja sebab Kery budak kecil lagi. Kalau ada orang tua menegur kery anggap orang tua dengki kat Kery sebab tak boleh bermain sama..haha. ketika dalam pebelajaran pulak, Kery paling syuke apabila meja disusun secara bulatan dan cikgu berada ditengah-tengah. Apabila cikgu berpaling dari depan saya, Saya terus main..hehe. Permainan yang Kery paling suka kat dalam kelas ialah lempar kertas. Memang sedap arr sebab Kery boleh menyakiti orang lain sebab die tak tahu sape yang lontar..haha.sedapnya zaman kanak-kanak.

    semasa umur Kery meningkat daripada 4 tahun pergi ke 6 tahun.  Dalam jangkamasa amat singkat itu ,Kery sudah melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Batu Rakit. Sekolah rendah je..hehe. Saat mula-mula Kery masuk Sekolah rendah, Kery takut hendak ---dalam pembinaan----